Program Peduli Rakyat, Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) Khusus Untuk Keluarga Golongan RentanProgram Peduli Rakyat, Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) Khusus Untuk Keluarga Golongan RentanProgram Peduli Rakyat, Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) Khusus Untuk Keluarga Golongan RentanProgram Peduli Rakyat, Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) Khusus Untuk Keluarga Golongan Rentan
  • Laman Utama
  • Pengenalan
  • Manfaat Program
  • Carian
    • Senarai Panel Kedai
    • Lokasi Panel Kedai
    • Senarai Panel Klinik
    • Lokasi Panel Klinik
  • Hubungi Kami
  • Berita Terkini
Proses “ONBOARDING” Kedai-Kedai Dan Klinik-Klinik Panel Kasih Ibu Darul Ridzuan
02/08/2021
Agihan Kad Tanpa Tunai Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) Fasa 2 Daerah Batang Padang
26/01/2022

Program Peduli Rakyat, Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) Khusus Untuk Keluarga Golongan Rentan

Ipoh, Perak 28 Julai 2021 – Selari dengan Pelan Pemulihan Negara, Program Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) akan dilaksanakan di negeri Perak oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama kerajaan negeri bermula 1 Ogos 2021 untuk membantu golongan rentan yang terkesan oleh pandemik COVID-19.

Seramai 5,097 wanita serta 20,000 tanggungan dalam kalangan golongan miskin dan miskin tegar bakal menerima bantuan ini bagi mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup. Dari jumlah tersebut, 1,104 penerima terdiri dari wanita dari komuniti Orang Asli.

Bantuan Program KIDR diberi melalui kad tanpa tunai yang disediakan oleh Kiplepay Sdn Bhd boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dan rawatan kesihatan di klinik swasta. Penerima bakal mendapat kad tanpa tunai bernilai RM250 sebulan selama lima (5) bulan untuk pembelian enam belas (16) jenis barangan keperluan asas. Rawatan asas kesihatan asas berjumlah RM500 setahun di klinik panel KIDR. Peruntukan untuk 5 bulan dalam tahun ini adalah RM250 untuk penerima dan tanggungan mereka.

Para peserta Program KIDR telah dipilih dan disaring dari sistem eKasih yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan sistem iDamak milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), di mana mereka berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019. Penyerahan Kad KIDR kepada penerima telah bermula sejak 19 Julai 2021 di seluruh 12 daerah di negeri Perak, dengan kerjasama semua Pejabat Daerah dan Tanah melalui penghulu-penghulu mukim. Penyerahan kad tanpa tunai KIDR kepada penerima Orang Asli akan dilaksanakan oleh pihak JAKOA.

Sebanyak RM7.4 juta telah diperuntukkan bagi Fasa 1 program ini sebagai manfaat penerima Program KIDR. Setiap penerima kad tanpa tunai KIDR boleh membeli barangan keperluan dari lebih 150 buah kedai runcit* yang dilantik dan mendapatkan rawatan kesihatan dari 100 buah klinik* berdaftar di bawah program ini. Perbelanjaan oleh penerima-penerima KIDR di kedai-kedai dan klinik-klink panel yang dilantik akan memberi kesan limpahan ekonomi dengan menggalakkan perkembangan perniagaan runcit di kawasan tersebut (*lantikan sedang dimuktamadkan).

Di suatu majlis yang diadakan dalam talian, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad telah menyaksikan penyerahan contoh kad tanpa tunai KIDR yang diterima oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dari Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Eksekutif NCIA.

Dato’ Haji Saarani juga telah berkata, walaupun negara masih berdepan impak wabak COVID-19, kerajaan negeri tetap mengiktiraf peranan wanita sebagai tonggak keluarga dan menghulurkan bantuan melalui program KIDR.

“KIDR diilhamkan untuk menghargai pengorbanan kaum ibu dan mengiktiraf peranan mereka dalam keluarga. Kerajaan negeri berharap penerima terpilih memanfaatkan bantuan ini sebaik-baiknya. Secara tidak langsung, program ini membolehkan penerima bantuan Program KIDR membeli makanan bernutrisi tinggi dan lebih berkualiti untuk anak-anak dan keluarga terutama Orang Asli,” jelas Dato’ Haji Saarani.

Beliau juga berharap penerima bantuan Program KIDR termasuk wanita dan tanggungan dari komuniti Orang Asli akan menyertai program-program integrasi modal insan NCER seperti empowerNCER dan JomNiaga@NCER demi menjana dan meningkatkan pendapatan keluarga melalui kursus-kursus kemahiran dan asas keusahawanan serta bimbingan keusahawanan secara percuma dan pemberian peralatan permulaan perniagaan (business starter kit) untuk membantu mereka keluar dari kelompok miskin dan miskin tegar. Manakala, anak-anak penerima Program KIDR yang akan menduduki peperksaan SPM juga layak dipilih untuk menyertai program empowerNCER-Akademik.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John pula berkata, berikutan kejayaan Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) di Kedah, NCIA telah memperluaskan program ini ke negeri Perak demi membantu golongan yang terkesan terutama semasa pandemik COVID-19.

Pihak NCIA mengambil pendekatan serampang tiga mata yang mana salah satu strategi adalah untuk mengutamakan pembangunan modal insan dan komuniti bagi memulihkan kembali ekonomi wilayah ini.

“Program Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) ini merupakan sebahagian dari program bantuan kerajaan untuk menangani masalah kenaikan kos sara hidup dan menampung perbelanjaan keluarga. Kami yakin melalui Program KIDR dan lain-lain program integrasi modal insan NCIA, lebih ramai keluarga dapat diperkasa dan meningkatkan status sosioekonomi mereka yang terpinggir,” tambah Datuk Seri Jebasingam.

Penyerahan Replika Kad Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) secara maya oleh YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Eksekutif NCIA kepada YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disaksikan oleh YAB Dato’ Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak

YAB Menteri Besar Perak ketika melancarkan Program Kasih Ibu Darul Ridzuan

Pos Berkaitan

26/01/2022

Agihan Kad Tanpa Tunai Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) Fasa 2 Daerah Perak Tengah


Maklumat Lanjut
26/01/2022

Agihan Kad Tanpa Tunai Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) Fasa 2 Daerah Manjung


Maklumat Lanjut
26/01/2022

Lawatan Ke Kedai Runcit Orang Asli D’Raya Mini Mart


Maklumat Lanjut

Pautan Pantas

Pengenalan
Manfaat Program
Carian
Berita Terkini
Hubungi Kami

Maklumat Undang-Undang

Polisi Keperibadian
Terma & Syarat

Maklumat Hubungan

Tel: 03-9779 5553
Emel: kidrperak@kiplepay.com

Laman Web Bersekutu

NCER
Kedah KIDA
Perlis KIP

NCER Media Sosial

Hak Cipta Terpelihara ©️ 2021 Northern Corridor Implementation Authority (NCIA)