DAERAH HULU PERAK, 20 Disember 2021 – Seramai 119 wanita mewakili keluarga di Daerah Hulu Perak telah menerima kad Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) Fasa 2 bagi tahun 2022.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Norhasmaliana binti Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan atas lawatan ke sesi pengagihan kad KIDR yang telah berjalan di dua lokasi iaitu Pejabat Penghulu Mukim Kerunai dan Pejabat Penghulu Mukim Kenering, Perak.
Penerima KIDR juga diperkenalkan dengan program-program modal insan NCER seperti empowerNCER dan JomNiaga@NCER sebagai peluang untuk menjana pendapatan tambahan dan meningkatkan kualiti hidup keluarga mereka.