Siapakah penerima kad KIDR?

Kad KIDR akan diberikan kepada penerima wanita setiap keluarga yang layak daripada senarai eKasih dan iDamak (Orang Asli).

Apa itu kad KIDR?

Kad KIDR ialah kad prabayar auto tambah nilai pada setiap bulan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai & pasaraya terpilih dan rawatan kesihatan di klinik-klinik panel yang berdaftar di bawah KIDR.

Barangan Keperluan Asas

RM250 Had Pembelian Bulanan
Baki bulanan kad tidak akan dibawa ke bulan seterusnya. Rancang perbelanjaan mengikut had bulanan (RM250)
Pembelian barangan asas hanya di kedai atau pasaraya terpilih yang berdaftar

Tambah nilai bulanan kad
KIDR sebanyak RM 250
adalah secara automatik

Senarai barangan asas

Beras
Mi & bihun
Roti
Biskut
Telur
Gula & garam
Minyak masak
Sayur-sayuran & Buah-buahan
Daging, ayam, lembu, kambing & ikan
Sabun, kelengkapan mandian & bahan pencuci
Rempah ratus, sos, kicap & sebagainya
Tepung

Produk tenusu

susu segar, susu tepung, susu sejat, susu pekat manis dan santan

Lampin pakai buang

bayi / dewasa / tuala wanita

Barangan persekolahan

kasut, beg, buku, alat tulis & pakaian seragam

Gas memasak
Tepung
Nota: Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Rawatan Kesihatan

Peruntukan RM500 setahun

(RM250 untuk tempoh Ogos -Disember 2021) 

*Pengecualian untuk Orang Asli, memandangkan program kesihatan khas yang khusus sudah tersedia.

RM70 Had penggunaan setiap rawatan
Untuk rawatan kesihatan bagi penerima serta tanggungan yang berdaftar dalam senarai eKasih

Mengenai Kad KIDR

Penukaran PIN
WBC<jarak>CPIN<jarak>NO.MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>PIN-LAMA<jarak>PIN-BARU Hantar ke 63839
(WBC CPIN 105100 111111 222222 Hantar ke 63839)
Reset PIN
WBC<jarak>CRPIN<jarak>NO.CVV NO.MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>PIN-BARU Hantar ke 63839
(WBC LRPIN 666666 999 222222 Hantar ke 63839)
Semakan Baki
WBC<jarak>CBAL<jarak>NO.MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>PIN Hantar ke 63839
(WBC LBAL 105100 222222 Hantar ke 63839)
Aktifkan Kad anda sekarang
Untuk menggunakan kad ini, sila aktifkan melalui atas-talian (online), SMS atau pusat panggilan.
Pengaktifan Menerusi SMS
WBC<jarak>CACT<jarak>NO.MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR) Hantar ke 63839
(WBC CACT 123456 105100 Hantar ke 63839)
Pengaktifan Menerusi Pusat Panggilan (Call Centre)
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KIDR Perak di talian 03-9779 5553 atau emel ke kidrperak@kiplepay.com
Pengaktifan Menerusi Atas-talian (Online)
Sila layari www.kidrperak dan klik

Pengaktifan Kad

  • Proses pendaftaran online adalah mudah dan cepat
  • Daftar online sekarang untuk menerima faedah

Cara Penggunaan Kad

Langkah 1
Pergi ke kedai yang berdaftar
Langkah 2
Beli barangan asas sepertimana yang disenaraikan di atas.
Langkah 3
Buat bayaran mengunakan kad KIDR
Langkah 4
Masukkan nombor PIN untuk membuat membayaran. Sila semak resit!
Langkah 1
Pergi ke klinik yang berdaftar
Langkah 2
Guna kad KIDR untuk pendaftaran
Langkah 3
Terima rawatan dan rawatan
Langkah 4
Semak resit & baki kad anda

Sila Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan

Hubungilah kami untuk sebarang pertanyaan tentang program Kasih Ibu Darul Ridzuan.

Sila Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan

Hubungilah kami untuk sebarang pertanyaan tentang program Kasih Ibu Darul Ridzuan.